HidayahXPenang – 28.10.2016






Hi guys, long time no see bebeyh. Haha, ekceli dekat opis internet problem so tergendala la semua kerja iols. Tibe2 boleh blackout pulak taid, dah la time tu ade dalam toilet. Nasib baik dekat toilet ade letrik kalo tak bergema satu Q Sentral ni dengan jeritan capik haa. Hahaha.

Masih belum moveon lagi dengan trip minggu lepas. Kesinambungan trip Langkawi haritu. Rasanya pernah post dah pasal trip Langkawi ngan ‘Keluarga Hidayah’ sebelum ni. Macam mana boleh plan pergi Penang? Haa tu lah, patutnye kitorang nak singgah Penang time on the way balik dari Langkawi dulu, tapi ade hal yg x dapat nak dielakkan so kena la balik UIA.

Diorang plan je, so ikutkan sajo. Nasib abam kerja sabtu ahad tu cuti. So tak de masalah la nak pergi kan. Rancak jugak la masing2 plan dalam wasap grup. Dan seperti biasa la, abam yang paling eksaited pi buat tentative n bajet segala tu, kira satu kepala berapa kan. Iye la, kalo boleh bajet abam tak nak membebankan kawan2 yang lain sebab biasalah ka, yang lain study lagi. Yg dah koje nye abam, acap ngan kak najah je. Tu pun baru nak menstabilkan ekonomi masing2. Tapi kitorang tetap nak pergi Penang jugak. So dalam anggaran bajet RM60 (tak masuk makan), kitorang Berjaya sampai kat Penang. Macam mana boleh murah? Sebab kitorang kat sana dalam 30 jam je plus kitorang tak book mana2 hotel, motel dan yg sewaktu dengannya. Kitorang plan tidur kemah je weyh!! Nak main redah tidur dekat tepi pantai sebab ade kawan cakap boleh pasang kemah situ. Lagipun ahad pagi tu rushing balik dah sebab nak amek jubah konvo dekat CAC. So nak tak nak kena gerak by 10 pagi untuk sampai sebelum pukol 5 ptg tu. Kalo tak, lama da kami kat Penang tu..

So nak dijadikan cerita, kamis malam tu abam tidur memang tak lena sangat dah (heksaited maybe). Jumaat lepas kerja balik rumah, terus packing2 tapi siap masak makan2 dulu weyh. Haha tiba2 nak tunggu pukul 8 tu rasa lama mak datuk dia. Selalu pejam celik dah masuk kol 8. Ni dah mandi  makan siap2 jam baru 7.30. Kau rase? Hahaha. Pkol 8 tu abam terus keluar rumah gi tunggu komuter kat stesen KTM belakang umah. Biasenye tren dating 40 min sekali, ni sampai2 je tren pun sampai. Dah la tak rushing pun, bila nak lambat2 tren laju je sampai. Dan2 pulak acap kate dia kene hantar guest ke kelinik la. Adoiyai, so sampai KL Sentral tu dalam pukul 8.30 siap solat2 semua (awal waktu alhamdulillah + berjemaah lagi bhaii) haha. Takkan ko na solat nafsi2 bila ade jemaah kt surau tu. 27 kali ganda dgn 1 kali ganda. Grab 27 la brader. Haha. 8.45 settle2 tu acap pun da gerak so terus la ke LRT Gombak. Sampai2 LRT dalam pukul 9.30 mcm tu. Dan acap n kak najah masih dalam trafik jam so ape lagi, abam pun naik la bas. Sementara tunggu bas tu jumpa pulak kawan yg dah grad tapi dok rental kat UIA. Dia training dkt Mont Kiara dkt mane entah tapi bahagian finance la yg penting. Fully sponsored kot best la tapi sewa bilik mahallah dekat RM360 seminggu. Tak mampu abam.

Bas pun masuk ke perkarangan UIA, abam sayu sangat bila masuk gate nampak fountain n rektori. 4 tahun abam rasa mcm kejap je. Banyak story kat UIA ni (eh ni post pasal trobek UIA ke cane?) Ok2, abam teruskan. Abam turun bas kat depan Edu terus tunggu dekat Edu Kafe. Sorang2 je time su sobs. Wani ngan didi pergi beli makanan kat Eches. Yg kereta pian pulak pukul 11 bru nak kutip (eh pickup) dorang2 yang dari asiah. Nasib tak lama lepas tu acap, kak najah n jati sampai. Sian acap dari tempat kerja terus ke uia. Nasib ko mandi cap. Haha. Sementara tunggu tu boleh lagi la main wifi UIA ni. Alhamdulillah UIA tak buang lagi ID abam dalam system. Dalam pukul 11.30 gitu kitorang kumpul dekat tangga besar. Bacaan doa diketuai oleh abam pian kita moga perjalanan selamat pergi selamat pulang. Mohon dielakkan dari apa2 yg tak diingini.

Time dekat edu, sementara nak tunggu pian n the gang sampai


Kitorang gerak dulu,.. Doakan perjalanan kami semua yaaa..


Abam drive nak pergi tu since acap penat kan. Kasi dia tidur. So dah susun2 barang dalam bonet, powerbank semua dah siap2 kat sit (tak nak kasi keta belakang risau lagi), maka kami mulakan perjalan ke Penang. Yeayyy. Mengepam minyak di Shell area Taman Layang2 dah full teruskan pejalanan. Nasib baik minyak tak naik lagi weyh time niiii. Syukur gileee. Seperti biasanya, dalam kereta kitorang borak2 cerita itu cerita ini, dengar radio nyanyi sama2, lepas tu masing2 tidur zzzz. Rasa jati je kut yg kurang tidur tapi dia senyap je tak borak. Hahaha. Tapi abam steady je drive malam2, no hal lah selagi ade radio n lagu2 berkumandang. Masuk tol Sg. Buloh dalam kol 12 pagi gitu, and kitorang stop dekat RTC Perak dalam pukul 1.45 pagi mcm tu kot. Masing2 tak nak order makanan, kenyang katanya. Pian je order bihun tapi tak habess. Yang habiskannye abam nil ah kan sape lagi. Haha. Dorang tak main uno pun time ni, sekadar duduk2 sampai la dekat 2.30 pagi. Tapi tak rasa lama sebab borak macam2 yang buat ketawa bahak2 segala. But memang wish yg semua grup dayah ade time tu. Nak sangat 20 orang tu berkumpul tapi nak buat mcm mane kan, masanya belum tiba. Harap trip akan dtg dorg dapat follow.

Sempat bergambo dengan seketul erra. hahahaa


hahah mata ngantuk ke cane tu?


The one who ordered mee hun but tak habiskan hahaha


Asydo - penat balik keje ke tu alooolo shiannn, (aku pun kerja gak haha)


Perjalanan diteruskan. Acap kata dia nak drive. Tapi dia seems ngantuk lagi time tu. Sampai rnr mane tah dia mntak tukar sebab tak tahan. See, abam nak bawakkan dia nak tukar2. Kitorang sampai tol Juru dalam pukul 4.40 pagi gitu. Dan time tu abam menggelupur carik tandas nak lepas hajat. Sejuk kottt dalam aircond lama2. Then kitorang terus masuk Jambatan Pulau Pinang and sampai ke Masjid Negeri dalam jam 5.30 pagi. Alhamdulillah perjalanan pergi semua smooth. Takda ape2 yg berlaku. So pian n acap pun sambung tidoq dalam keta sampai azan subuh manakala sisters2 siapkan diri; tukar baju mandi (mandi ke?) ahaha. Lpas azan kitorang same2 solat n yag penting cas fon beb. Dah la bateri ni cepat habis. Mana ade plag sauk je cas. Sayang nak guna powerbank ekceli. Yela 24 jam tak jumpa plag so mmg kne save la powerbank citernye. After subuh tu duduk2 jap, abam boleh lelap pulak sekejap sampai didi call pun x sedar. Hahaha. Lpas tu pian ajak mandi siap2. Acap mmg masuk kete terus la tido dan2 dia yg paling lambat siap haha. Tapi bgusnye siters2 siap cepat dari kitorang. Masing2 kol 7 tu dah tunggu dalam keta. Amazing. Korang mekap semua dalam keta ke camne?

Pkol 7 lebih tu kitorang terus ke Bukit Bendera. Sebab tiket rm3 je nak naik atas tu. Murah weyh. So on the way tu kitorang nak carik mana2 kedai yg ade jual breakfast. Pusing punya pusing kt area Bukit Bendera tu tak jumpa pulak weyh kedai melayu. Terkejut sebab rasa mcm ade dekat negara orang dah. Sebab kawasan tu majoritinya Chinese so tak pelik la kalo x de kedai melayu kan. Daging balibbaya tu gantung2 je tepi kedai siap masak panggang. Acap amused giler tgok. Suruh tapau taknak. Pusing punya pusing last2 stop kat 7E, nasi bade 7E weyhh. Risau sebab jati cakap dia x leh makan lambat. So acap pergi beli segala roti air utk isik perut kitorang. Lepas tu kitorang trus park keta kat area Bukit Bendera Cable Car tu (Rm5 sehari) dan terus beli tiket. FC Shasya mainkan peranan yg sangat efektif dalam proses pembelian tiket. Thankz Sya! Haahaha. Tak lama pun lepas tu kitorang beratur nak naik cable car.

Penulis bersama saudara suffian
Mujur kitorang dalam barisan yg terawal. So dapat la duduk belah bawah sekali. Lama jugak la tunggu Cable Car tu plus dorg bagi priority dekat yg beli ekspress lane punya kan. Dalam cable car tu masing2 bergambar la tak henti2. Sampai je dekat atas Bukit Bendera tu, tengok2 awan tebal pulakkk. Tak Nampak satu Penang. Huuu sobs. Sebab aritu memang awan gitu kot tapi sejuk la yg penting. Angin tiup2 sejuk jeee. Rasa kat Cameron gitu. Masing2 pun bergambar la tak henti2. Jalan2 kitorang gi dekat atas dek yg ade love lock tu. Rasa mcm dekat Namsan Tower (acah pernah sampai), tapi cantikkk. Banyak kunci, Dari kunci love, solex sampai kunci berpassword semua ade. Siap mangga2 sekali. Tapi mmg cantik la, kitorang gamba banyak gilos. Aku sampai nak tangkap sorg2 tapi tetibe je ade mamat mane entah pegang bahu aku lpastu tgkp sama. Apakah dia tidak menyedari yg aku memang nak tgkp gamba sorg2? Lepas tu nak keluar tu ade anjing pulak tengah2 jalan. Abam ni dah la penyegan dgn anjing so abam dgn kak najah pun turun ikut jalan jauh sikit semata tak nak hadap anjing tu. Lepas tu masuk satu story yg mmg best gilos. Haaa


Dalam Cable Car yg buat perut kecut time turun


group photo .. happy muke semua. Rinduuuuuuuuu

Story dia : ‘3D Owl Museum Malaysia Book of Record” gituu. Sya ajak masuk tgok2 (Sya aq cakap je ni, tak salahkan tauuu. Jangan Sentap, Sentap aku pukul kang) Sebab mmg la 3D kan, semua akan expect bende tu osem. Owl pulak tu. Abam da la x pernah tgok owl dekat2. Harga tiket RM12 n Sya da cakap awal2 sape nak masuk boleh masuk tak nak takpe tapi abam tak kesah. Last2 Dapat harga student RM6.. Ktiorang bajet naik Cable Car RM5 tapi tadi dapat RM3. So ade baki RM2. Rm1 cover parking, ade baki RM1. So kitorang bayar rm5 je la untuk masuk 3D Owl tu. Pintu masuk dia mengujakan siap gantung juabh Harry Potter weyhh. Abam, acap n kak najah siappakai amek gamba sebab kepengen nak pakai jubah UIA. Ta saba kate ko. Last2 masuk dlam tu.. Hmmmphh pffftttt @#&*^*!&$$!#^* Hahahaha sebab tak de ape yg mengujakan kitorang pun. Biase je wehh. Ingtkan ade gamba2 3D yg mcm kt trick art museum tu tapi just ade patung2 owl n bantal2. What? Nak suruh abam tidur situ ke? Dah la bantal bau kepammm. Tapi still amek gamba dalam tu. Gile ko tak amek, dah masuk kan. Abam usha je muka erra yg seakan tak berpuas hati (bukan seakan tapi memang) hahaha . Jangan marah erra. Nak naikkan rating blog je ni. Hiks. Ye la RM5 kot, nasib baik RM5 kalo RM12 tak aku  maki orang tu. Abam nak rekemen kat sape2 yg nak masuk TOLONGGG!!!!! Batalkan hajat korang yg nak masuk situ okk. Baik guna duit tu makan pasemboqq.. (alaaaa kenapa aku sebut pasemboqq ni, mengidamm hmmmm).


Owl 3D Museum. Huuuu~
Lama jugak kitorang dekat atas tu, masing2 tangkap gamba dekat buaian la, periuk kera la, kat area kuil tu la. Lepas tu ade orang offer nak masuk 6D ke tak. MEMANGG TAKKKKK la. 100D pun abam tak rela nak masuk dah. Taubat nasuha 44 kali. Hahaha. Tapi dekat Langkawi tu korang kena masukk. RECOMMENDEDDDDDD. Sebab berbaloi2 korg bayar. Kat I-City pun korang boleh masuk sebab besttt. So naik dekat atas area masjid tu sekejap semntara tunggu acap melepakan hajatnye so kami pun bergambar.. Bergambar sampai pengsan.. amek gambar kat tangga la mcam tak de org yg nak naik turun selain kitorang. Hahaha. Nak turun tu sempat lagi ke platform tinjau tu tibe2 ade kostum yang mcm sya tgkap gmba kat atas tadi tu. Ingatkan dia hidup daripada gambar tu sebab memang sebijik yg mcm dalam gambar. haha. Awan pun hilang sikit2 time kitorang nak turun tu. Sekali beratur tu acap boleh terjumpa manager dia pulak. Hahaha jejak kasih sgt..Pkol 11 mcm tu kitorang pun turun dari situ sebab masing2 perut menggelupur nak makan. Masing2 lapar ye la takat sumbat roti je ngn air kosong mana cukup kan?


Sementara acap ke tandasss.. kami pun bergambaa
Kitorang terus ke Georgetown nak pekena Nasi Kandaq so kitorang pun gugel jumpa Nasi Kandar Line Clear. Seban dah lapar so pergi je. Pusing punya pusing, payah betul nak jumpa parking. Aep ni kedai tengah2 jalan macam dekat pilah pulak. Memang ikut nasib je kalo dapat pun. Ade yg rate RM5 tak sampai 40 min. Kejadahan apekah ini. Lepas 2o min mcm tu kot kitorang dapat parking tpi tak la juah sangat dari kedai tu. Masuk2 je kdai nampak kepala ikan bapak lah gedang. Harga satu RM40 gilos. Hahaha. Kitorang amek nasik je dgn ayam pastu kandar kan. Hahaha sebenarnye x de beza pun nasi kandar ni dgn nasik dkt kedai mamak sebab dia nasik lpas tu ltak lauk n banjirkan dgn kari2. Tapi Penang ade style dia la and pedas baq ang.. Siap order ais kosong satu jag lagi. Kitorang int dah pkol2 gitu tpi tengok jam bru kol 12 lebih. So plannye kitorang nak ke Street Art tapi panas sangat teriknye plus aritu sabtu deepavali orangnye ramai ya ampun x dapat nak gambarkan. Dorang kate nak sejuk2 so kitorang terus shoot ke Queensbay Mall duduk situ sampai pukul 3 lebih. Carik parking pun jadi satu isu yg perlu dibahaskan di dewan parlimen. 6 tingkat pusing baru jumpa. Pian lagi lak, 8 tingkat. Sampai2 carik tandas sekali tandas setiap level under maintenance, kesian wani.. Last2 gi kat level LG jumpa tandas. Abam dgn pian siap dapat lelap dekat surau dalam 45 minit sebab nak recharge power drive hahaa. Acap pergi pusing2 jalan2 sendiri. Agak2 da nak kol 3 tu terus kejutkan pian. Kesian pian penat sngat. Goncang2 tepuk2 tampar2 pun x sedar. Osah leno boto dak ni tido. Hahah nak tak nak goncang kasi bangun, dengan muka blurrr dia tu hahaha.

Keluar je dari Queensbay tu terus pergi carik Kedai Jeruk Madu Pak Ali, sebakan kereta masing2 parking jauh2 so asing2 la ke kedai Pak Ali tu. Dengan berpandukan gps acap, samapi jugak ke kedai jeruk tapi jalan pelik nau sampai sesat barat. Hahaha, keta pian sampai da pegi ke bayan lepas tapi kt gps acap bayan jugak, tak tahu pulak situ area sg. Nibong. Time gi situ hari mulai hujan dan kitroang pun dok piker kat manae nak tidur nanty. Tapi time tu kitorang sangka baik lagi hujan stop nanty ptg2 sikit so tak yah risau lagi. So masing2 teruskan shopping jeruk pelbagai jenis. Yg tak tahan siap ade tester tu. Budak2 ni rasa tester tu x hingat dunia haha. Sampai kena perli dgn abg jeruk tu “makanlah sampai kenyang’ hahaa tak ke pedas ayat tu. Lek la bang, kitorang beli kot banyak,. Hahaha. Lepas tu kitorang nak keluar tu ade sorg pakcik guard ni, entah ape yg dia bualkan takt ahu la sbb abam rushin pergi kereta sbb hujan kan. Parking da la susah situ, mula2 nak masuk tu siap suruh acap tgok dari belakang sebab sempit.

So dari Kedai Jeruk Madu Pak Ali tu, kitorang terus ke Georgetown semula. Time tu mmg hujan lebat. Lebat selebat2 nye pulak hai. Sebab nak tunggu hujan reda, kitorang pun pergi lah ke Muzium Kediaman P. Ramlee tapi tak turun pun sebabhujan. Wani carik tandas nasib baik jumpa. Last2 dak2 ni turun gi tengok rumah tu. Yang ade dalam keta jati, didi, erra, pian. Dan kitorang pun bincang mana nak pergi. Erra tak habis2 cakap jangan risau capik. Hahaha mane tak risau nye bila plan mcm terganggu kan. Hahaha. Dari 4.30 membawa ke 5.30 kitorang tggu tak behenti2 jugak so kitorang pun pakat gi kluar na g tmpt makan pasemboq tapi nak keluar je dari situ Pak Gad mcm jerit2. Ingatkan dia marah ke ape rupa2nya nak bagitahu yang air dekat jalan masuk tadi naik membawa banjir. Aduh kitorang dah kabut so pergi jalan lagi 1 pun sama, air naik jugak. Aduyai so nak tak nak kitorang duduk je la dalam keta kat depan Muzium tu. Tengok ramai jugak orang yg terkandas kat situ sebab tak boleh keluar and ade kereta siap masuk air sampai dalam seat. Moto mati x leh nak start, kesian betul kat orang tu. Last kitorang pakat keluar duduk dekat bawah pondok kecik tu main uno seround. Hahaha. Abam menang awal weyhh. 1st time menang weyh. Ingt lagi kat pantai Langkawi dulu tak pernah menang2 tapi kali ni terus menang hahaha. Lepas tu nak tunggu diorang habis main tu, gi la pusing2 tengok air makin naik. Sampai nak naik ke pintu masuk pondok jaga muzium tu. Risau dah pulak bila tengok dan bila tengok dak2 ni gelak2 je so x jadi risau hahahaha.

Duduk punya duduk dah dekat pukul 6 lebih. And tak semena2 pian pun terkeluar idea main Truth or Dare pakai botol tu. Ok time ni rasa berbonding betul sebab masing2 tanya soalan kemaiin ye korang. Jati tidur dalam keta tak silap time ni so dia tak de la. 2nd game truth or truth pakai alaram nset. Time ni jati da bangun hehe. So dorg pun tanye la mcam2, rahsia itu ini la smua terbongkar time tu jugak tapi siyezly kitorang tak rasa awkward nak share ape2 pun sebab da rasa kitorang ni rapat. Tengok masuk waktu maghrib and kitorang masih kat situ. Lepas tu dak2 ni pun tido dalam keta gilir2 dan abam duduk kat pondok tu borak2 dgn di, jati n pian tapi last2 tertido. Tapi tak tido sangat pun. Dengar je ape yg dorang borakkan tu. Sebelum tu JKR semua dtg la na kurangkan n kawal banjir tu. Pkul 10 da time tu and diorang cakap lagi 2 jam mcm tu kena tunggu. Dalam pukul 11.30 pian kata jalan tu mcm dah ok and abg guard tu pun kata kereta boleh lalu sbb air da turun paras buku lali so kitorang pun terus dengan gelabahnye nak keluar dari situ. Mane taknye, dekat 5 jam lebih tersangkut situ tanpa makanan or hiburan haha. Masing2 da lapar perut menyanyi2 da sbb last tadi makan kt kedai nasi kandar pukul 12.. So terus carik McD terdekat tapi malangnye org beratur ramai giler so pergi pulak McD kat bandar tapi drive thru pulak. Ape pesen mcD utk drive thru je? Peliks2 je. Pusing punya pusing terjumpa kedai akan melayu yg bukak pukul 12.30. Peh time tu terus cepat2 buat u turn carik parking lpas tu terus serbu kedai makan tu,.


*Maaf tiada gambar ketika kejadian banjir tu, tak dan nak pegang kamera hujan2*


Menu yg ade nasi goreng kampong, mee, tomyam ayam or daging. Air pun limited. Tapi sebab dah lapar, order je nasi goreng kampong telur mata tu. Alhamdulillah rasa not bad ok la, tapi sian acap dia order cakap tak nak sayur tapi dibaginya sayur jugak. Dla dulu penah jadi bende sama, sian acap. Kne asingkan sayur2 tu da mcm pakar bedah kat dalam operation room tu dah. Hahaha. Lepas abes makan tu bayar2, trus pikir mana nak tidur. Tapi 1st thing kene buat is carik masjid utk guna toilet, tukar baju semua. Tapi kemah cane? Hahaa time tu tak pikir dah weyh nak cacak kemah kat tepi pantai ke ape sebab masing2 mmg ngantuk n penat time tu. So kitorang pun pergi la ke Masjid Kapitan Keling tu tapi malangnye berkunci. Lepas tu cari masjid berdekatan ape ntah nama masjid tu. Wani carik tjumpa Masjid Titi Papan? Tapi kecik je masjidnye gelap pulak tu tak cek pun kunci ke tidak. Last2 pergi kat Masjid Negeri balik tengok pintu tak kunci. Alhamdulillah ade tempat nak mandi solat semua. Sampai2 je pian dapat call dr erra cakap ade mak cik ni tegur lepas mandi solat kene keluar gi tempat lain. Time tu blurr da sbb tak tahu nak gi mane. Tak lama lepas kitorang da siap2 mandi semua tu, nak solat tetibe ade pakcik naik motor ni dg. Kitorang risau la ingt dia nak halau ke ape ke kan. Last2 dia tye dari mana and nak tumpeng tidur ke. Ya Allah, terima kasih bersyukur sgt2 sbb dapat bermalam kat situ. Laki tidur kat luar je tapi dapat tikar and pempuannye tdo dalam tapi pintu kunci. Lepas solat tu tak pikir ape dah terus baring lelap sedar2 acap kejut dah pukul 5.30 pagi. Siyezly tak rasa mcm tidur lama pun. Maybe sebab keletihan yg teramat kot.


Mangsa2 banjir bersarapan di sebuah restoran di Kapitan
Usai solat subuh dan bersiap2 tu kitorang terus carik kedai utk bersarapan. Sya cakap carik kedai best2 area kapitan and nasib baik malam tadi tu terperasan ade restoran kapitan area masjid kapitan tu. So paginye tu kitorang terus gi situ. Parking kosong. Heaven weyhhh.. Kete tak banyak. Masing2 pun order la roti kosong, telur, bawang telur, dan mcm2 lagi. Makan2 selfie2 dan lpas tu terus ke Art Street sbb org kata situ best tangkap gamba. Lpas sampai jet u dak2 ni singgah dekat kedai2 tepi jalan jual souvernier tu. Beli kipas la buku la hahaha macam2. Lepas tu tak sangka pulak ade sewa basikal. RM5 je sejam weyh. Ade basikal kembar. Ade yg boleh naik 4 org, 6 org. Tapi harga lain2 la tap ttp murah weyh. Kitorang pun sewa la basikal tu sbb tak larat nak jalan kaki weyh dah la jalannye jauh n tempat2 art tu berselerak merata so kne gak naik basikal. Yg bagusnye basikal kat situ boleh bawak tepi2 jalan so x de masalah, Kereta motor pun respek kat basikal hahaha. Tak cukup 2 jam kat situ and rasa nak drag je masa tapi apakan daya, kitorang nak kne sampai uia before 5 sebab nanty abam, acap n kak najah tak sempat nak amek jubah pulaks. 

Berbasikal di Art Street Penang 


Penang Art Street - Sampai Penang wajib datang siniii


SO gerak la kitorang ke KL lepas isi minyak penuh satu tangki. Balik tu memang acap incharge so dia la drive ke KL. Abam dapat lelap skjp n tersedar area ipoh mcm tu. Behenti skjp dekat simpang pulai ke tandas bentar. Penuh rnr dengan org2 kedah baq hang, ye la kan final Selangor vs Kedah malam tu kat Shah Alam. Nasib baik dorang menang so berbaloi la dtg jaoh2 tu. Ade adik2 dalam bas dpan kitorang tu eksaited giler lambai2 sip buat flying kiss. Kau dah kenapa flying kiss kat aku? Ke kat wani di n jati?? Hahaha, Pukul 1 tu kitorang stop kat Tapah behenti makan solat semua. Makan menu nasi lambaian daging kate kau.. nasi ciput je ape yg lambai aku pun tak tahu. Duit la yg melambai2 hahaha. Time tu boleh pulak dorg bincang2 peribahasa. Masing2 lepak macam dekat je KL dar Tapah tu. Hahaa.

Lepas tapah tu trafik leh slow pulak. Dia tak tahu ke kitorang ni nak cepat sampai… Hahaha tapi nasib baik kejap je. Steady lah acap bawak. Pkul 4 tu da smapai Gombak dah. Nsib dekat jalan nak ke UIA tu tak jem lama. And kitorang sempat amek jubah and settlekan semua tu. Siap buat preconvo dekat depan padang CAC tu lagi. Ni yang aq saying kat diorang ni, penat2 dar Penang boleh tunggu kitorang settlekan jubah n layan amek gamba dlu. Erra da stress da tgok dak2 ni nak berposing2. Sabar erra sabar. Kahakahkah. Lepas tu boleh keluar pulak ke McD minum2 frozen sbb ade baki duit RM10.. Hahaha.. And malam tu Abg Ejat yg amekkan kat UIA so lepak la dulu dekat bilik si Yoe. Lepas maghrib tu masing2 pun berpisah. Ok time tu mmg rasa x nak berpisah weyh siap bleh borak2 lagi tu even da bukak pintu kereta. Lepas salam2 grup hug semua laa masing pun bye2 and insyaAllah jika x de aral melintang kitorang jumpa balik ari ahad ni.. So lepas ni trip mane2 pengajarannye kena jugak book motel or bilik untuk persediaan kot ape2 jadi and waktu musim2 hujan tu kne plan balik kalo merancang nak ke mana2 tu so that perjalanan akan menjadi lancar yee,..

PreConvo with kesayanganz pt1


preConvo with kesayanganz pt2

Panjang kan post kali ni. kalo typo tu maaf lah ye sebab x larat nak check spelling satu2 de bila da taip macam novel ni. Fahamkan aje mane yg typo tu ye. (kalo ade la hehehe). Boleh pecah rekod ni antara post yg terpanjang abam taip selama ade blog ni. And korang pun mesty gigih baca kan. Kalo sampai sini korang dah bca, nak ucap terima kasih dana bam amat menghargai kegigihan korang yang baca sampai abes. So tengah eksaited nak tunggu ari ahad ni Konvo. Yeayyy.. So jumpa lagi trip akan datang. 2h2m punya trip pun abam cerita detail mcm ni, kalo gi sabah naty 5h4m panjang mane pulak ceritanya kan. Best gi jalan2 dgn dorang ni, sepanjang trip tu ade je bende baru abam dapat dari diorang ni. Sebab tu saying masing2 ketat2 hahaha. So.. see uols on Trip 3.0 --> Sabahan yaaaaa. 

Assalamualaikum…



Alhamdullillah, saya Mohamad ZulSyafiq Bin Zulkeflee telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Walaupun tidak dapat merangkul Ijazah Kelas Pertama tapi saya bersyukur kerana telah diberi peluang untuk menuntut ilmu di salah sebuah Universiti yang disegani bukan hanyadi Malaysia bahkan di seantero dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Bagan Lalang bersama Caring

Rancang Kewangan Anda

Program Kembara Ilmu Maahad 2014