Program Kembara Ilmu Maahad 2014

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Pada 14 - 16 November 2014 yang lalu, telah berlangsung sebuah program yang diberi nama Program Kembara Ilmu 2014 anjuran Sekretariat Mahasiswa Negeri Sembilan (SEMANIS) dengan kerjasama alumni Maahad Ahmadi 2010. Program ini disertai oleh barisan badan perwakilan pelajar Maahad Ahmadi sesi 2015 seramai 39 orang.

Alhamdulillah, walaupun diuji dengan pelbagai halangan dan rintangan tetapi akhirnya program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Seterusnya, sukalah untuk saya berkongsi sedikit berkenaan perjalanan program ini.

Pada asalnya. idea untuk menjalankan program ini telah tercetus pada awal tahun lagi. seorang sahabat telah menyuarakan idea ini atas niat untuk membantu dan membalas jasa kepada sekolah kerana telah menjadikan kami insan seperti hari ini. Maka perancangan demi perancangan dilakukan, turun naik KL-Seremban-Gemencheh untuk berbincang dengan pengetua dan pihak Yayasan Negeri dan akhirnya tarikh yang dicadangkan adalah pada penghujung Jun 2014 (Sebelum bulan Ramadhan). Akan tetapi, program tidak dapat dijalakankan atas kerana sedikit masalah teknikal dan terpaksa ditangguhkan ke suatu masa yang lain (awal Januari 2015).

Selepas tamat cuti akhir semester (oktober), saya mendapat mesej daripada Yang Di-Pertua SEMANIS berkenaan program ini. Setelah berbincang, kami bersetuju untuk menjalankan program ini pada pertengan November (sebelum cuti sekolah). Lalu saya memberitahu kepada barisan urusetia (komiti) seramai 7 orang untuk berbincang berkenaan program ini. Pada awalnya memang wujud kegusaran untuk meneruskan program ini kerana terdapat banyak perkara yang belum selesai terutama modul program. Tambahan pula masa yang ada tidak sampai sebulan. Disebabkan sekolah menghantar barisan pengawas maka kami terpaksa menukar modul berasaskan kepimpinan dan ianya merupakan satu dugaan yang besar untuk merangka semula perjalanan program Dua minggu sebelum program, kami masih dalam proses meyiapkan modul dan memilih barisan fasilitator untuk membantu kami. Akhirnya kami berjaya mengumpulkan seramai 10 orang fasilitator.

Malangnya, beberapa hari sebelum program kami diuji dengan pengunduran fasi. Beberapa orang fasi telah menarik diri saat akhir kerana masalah2  yang tidak dapat dielakkan. Ketua fasilitator juga tidak dapat turut serta atas sebab tertentu. Tetapi program tetap perlu diteruskan walaupun bilangan tenaga berkurang. Tiada istilah untuk berundur.

Maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu. 14 November 2014. Seperti yang dirancang, peserta akan bertolak dari sekolah pada jam 2.30 petang. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa. Bas yang dianggarkan tiba pada jam 2.30 petang tiba pada jam 6.00 petang disebabkan hujan lebat serta trafik yang sesak akibat kenaikan air di lebuh raya. Penantian selama tiga jam setengah berakhir setelah melihat bas memasuki kawasan sekolah. Peserta selamat tiba di Kem Sri Raudhah, Gombak pada jam 10,30 malam.

Pelbagai aktiviti2 telah kami laksanakan seperti Ice breaking, Qiamullail, riadah, ldk, sesi pengucapan awam, pembikinan kertas kerja, explorace, nightwalk, jungle trekking dan lain2. Alhamdulillah, walaupun cuaca tidak menentu tetapi kami tetap dapat menjalankan aktiviti tanpa halangan. Antara aktiviti yang menjadi highlight buat para peserta ialah nightwalk. Kami semua dibawa masuk ke dalam hutan pada waktu malam. Kesemua peserta telah berjaya mengatasi cabaran ini malah sebahagian daripada mereka tampak yakin dan berani. Setelah seharian berprogram di dalam dewan, mereka dibawa ke air terjun Sungai Pisang pada hari terakhir dan mereka dapat merasakan ketenangan dengan bermandi-manda di kawasan air terjun yang sejuk.

Kami bersyukur kerana respon yang diterima dari para peserta amat memberangsangkan. Cuma dari segi penginapan, ramai yang kurang berpuas hati dengan keadaan bilik dan kemudahan. Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf jika kemudahan tidak sempurna. Akan tetapi, wujud hikmah disebalik perkara ini. Para peserta dapat merasai pengalaman bagaimana kehidupan orang yang kurang bernasib baik dan perkara ini dapat meningkatkan lagi rasa kesyukuran mereka kerana hakikatnya mereka mempunyai kediaman yang selesa.

Harapan kami untuk program ini supaya para peserta yakni barisan kepimpinan sekolah dapat mengaplikasikan segala ilmu dan pengalaman yang mereka peroleh sepanjang program ini berlangsung. Semoga mereka semua dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sepenuh hati dan menjadi role model kepada pelajar-pelajar lain.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Zairil Bin Norazman, Pegawai Yayasan Negeri Sembilan dan Saudara Anwar Bin Muttaqin selaku Presiden Pertubuhan Mahasiswa Negeri Sembilan kerana menjadikan program ini satu kenyataan. Tidak dilupakan juga kepada Yang Di-Pertua Sekretariat Mahasiswa N9, Saudari Nurhafizah Bte Yaacob atas segala dorongan dan nasihat. Lots of thanks kepada sahabat2 dari Maahad Ahmadi yang menuntut di UIAM dan ahli SEMANIS (Hajar, Nad, Arina, Izwan, Muaz, Atiqah, Fatin, Kak aisyah, kak Nur, Nasir dan Aisyah Al-mardhiah) kerana telah berpenat lelah membantu mempermudahkan perjalanan program ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Zairul, Guru Disiplin Maahad Ahmadi kerana sudi memantau perjalanan program serta pelajar STAM yang mengiringi dan membantu kami. 

Jika ada sumur di ladang
Bolehlah kami menumpang mandi
Jikalau ada umur yang panjang
Insyaallah kita jumpa di Maahad Ahmadi

*gambar program



sesi perkenalan dengan barisan fasilitator

sesi ice breaking dan taaruf dalam kumpulan


Sesi riadah


Kerjasama dalam kumpulan


LDK Pembikinan Kertas Kerja Program








Explorace



Jungle Trekking
Bermandi-manda di air terjun




Majlis penutup dan penyampaian hadiah


Barisan Kepimpinan Maahad Ahmadi sesi 2015










Barisan komiti dan fasilitator












Comments

Popular posts from this blog

Bagan Lalang bersama Caring

Rancang Kewangan Anda