BULI - Dimana letaknya kewarasan diri
Budak-budak bermain guli,
Sekarang viral pasal buli.
Hang Tuah pendekar berani,
Apa kejadahnya semua ini.
Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Lama bsungguh tak update blog ni. Rasa macam dah tak ingat nak taip apa panjang-panjang. Tiba-tiba semalam terdetik di hati ni nak kemaskini blog ni. Teringat la satu isu yang hot baru-baru ini. Belakangan ini kita semua digemparkan dengan video buli yang telah tersebar di laman sosial secara meluas. Apa yang ingin saya katakan di sini adalah di mana letaknya kewarasan minda. Pukul, belasah dapat selesaikan masalah ke? Besar sangat ke kesalahan yang mangsa lakukan hingga dia di hentam bagai separuh mati?
Saya pernah tinggal di asrama selama 6 tahun. Saya juga pernah menyaksikan 'pesta' ini berlaku di depan mata sendiri. Alhamdulillah, saya tidak pernah menjadi mangsa si 'pendekar' yang lagak gayanya ampuh bak Laksamana Sunan. Mungkin kejadian pukul-memukul yang berlaku di depan mata itu tidaklah se'ekstrem' video-video yang tersebar di laman sosial tapi sedih jugak bila melihat benda ni terjadi. Kebiasaanya 'pendekar'pendekar' yang handal ni terdiri daripada senior-senior yang rasa diri mereka lah yang hebat dan tiada siapa yang boleh lawan cakap mereka. Padahal mereka takdelah hebat mana pun. Takde jawatan apa-apa pun. Tapi bila adik-adik junior buat kesalahan, 'pendekar-pendekar' ni lah yang pertama sekali turun padang dan mengeluarkan segala jurus yang ada dalam diri mereka. Pengawas sekolah yg diberi kuasa dekat mereka pun tak bertindak macam 'pendekar-pendekar' ni.
Kebiasaannya kes-kes yang selalu membawa kepada permasalahan buli ni adalah masalah seperti kes kecurian, merokok, dating dan sebagainya. Memang tak dinafikan kesemua kes ini berlaku di mana-mana sekolah. Tak kira lah sekolah tu sekolah harian ke, asrama ke, sekolah agama ke, asrama penuh ke, asrama anak yatim ke, masalah disiplin ini memang tak boleh nak dinafikan kewujudannya. Biasalah, kita semua ni manusia biasa, tak sesempurna Nabi kita. Syaitan kat keliling ni tak putus-putus membisikkan dan menggoda diri kita untuk melakukan perkara-perkara yang haram.
Persoalannya sekarang, relevan kah jika pelaku-pelaku itu dipukul, dilanyak dan dihentam sesuka hati oleh 'pendekar-pendekar' ini? Jika betul kalian mahukan mereka dihukum, terus bawa mereka ke pihak atasan. Ni dah kena belasah segala baru lah nak bagitahu pihak atasan. Last-last 'pendekar-pendekar' sejati ni pun sama-sama dapat hukuman dari pihak atasan. Saat itu rasa menyesal itu timbul dalam diri. Merayu-rayu dekat pengetua tak nak kena hukum. Nak buat macam mana, benda dah jadi. Haih, takkan 'pendekar' merayu-rayu takut dihukum. Sendiri buat sendiri tanggung lah bro.
Kebiasaannya, perkara yang menyebabkan 'pendekar' ini bertindak adalah disebabkan mereka pernah menjadi mangsa abang-abang mereka ketika junior. Biasalah, time form 1 jadi junior memang kena ikut peraturan. Itu tak boleh, ini tak boleh. Itu kena buat, ini kena buat. Buat salah je kena jumpa senior. Menghadap mereka berjam-jam. Kena denda itu ini. Buat motor sampai menitik peluh sambil berdiri bawah kipas (Agak-agaklah woii, mana datang nak kuar peluh bila duduk bawah kipas). Kena ketuk ketampi beratus kali sampai naik tangga rasa macam angkasawan yang berjalan kat atas bulan. Kena libas guna sejadah sebab lambat datang surau. Kena rotan pakai besi sebab bercakap-cakap dalam surau. Dan klimaks nya bila kena 'function' dengan mereka. Gedebush, pang pum pang kena tampar. Pang pum pang, kena sepak terajang. Pang pum pang, kena debik siku. Lepas dah puas hati dan takda jurus nak dikeluarkan, ucap mintak maaf kat adik-adik dan ayat cliche seperti "abang buat ni sebab sayang korang semua.", "ini satu pengajaran buat kamu." Itu pasal bila junior-junior tu dah besar dan jadi senior, mereka akan terkenang kembali peristiwa hitam itu dan secara automatiknya mereka pula yang menjadi 'pendekar'. Benda yang sama berlaku dan proses ini dinamakan Proses Function Berantai yang tidak berkesudahan.
Susah sangat ke nak kawal kemarahan tu? Jika betul nak marah, tegurlah dengan hikmah. Bukan marah dengan amarah. Nafsu tu bila dah kawal diri alamatnya habislah. Api yang marak jika disimbah petrol, boleh padam ke? Sebab tu Allah jadikan air yang sejuk untuk memadamkan api yang marak. Kesejukan hati dan ketenangan itu lah yang menentukan tindak tanduk perlakuan kita. Bila ditawan nafsu, emang jadi hamba nafsu.Sekali dah sepak rasa nak sepak lagi. Sepak sepak dan terus sepak sampai bengkak kaki dok menyepak tak henti-henti.Jika rasa diri tu ada kekuatan sebegitu rupa, belajar seni mempertahankan diri. Jadi wakil negara masuk olimpik dan sebagainya. Sepak dapat, anugerah pun dapat.
Bila tahu ada kawan mencuri, merokok dan sebagainya, benda pertama sekali yang abang-abang 'pendekar' ni kena buat ialah jumpa dia dan bincang face to face. Tanya dia apa masalah sebenar. Mungkin dia mencuri sebab nak pakai duit atau keluarga dia susah. Mungkin dia merokok sebab pengaruh kawan-kawan. Kena cari punca baru masalah boleh selesai. Jika betul dia tak mengaku, cuba siasat. Tanya saksi-saksi yang boleh dipercayai. Jika dia tak mengaku jugak, terus hubungi guru dispilin atau pihak atasan. Let them settle the problem. Tugas kita belajar kat sekolah, bukan jadi hakim nak tentukan orang ni salah, orang ni betul. Jika benda macam ni diamalkan, InsyaAllah masalah buli atau pukul memukul di sekolah dapat dikurangkan.
Allah SWT menyuruh kita agar menyayangi satu sama lain. Dalam hadis nabi pun ade menyebut yang tidak sempurna iman kita jika kita tak menyayangi kawan kita macam kita sayang diri kita sendiri. Nak highlight kat sini yang Islam ni agama yang penuh dengan kasih sayang. Bila kasih sayang wujud dalam komuniti, barulah rasa prihatin, ambil berat tu datang dalam diri. Dendam kesumat hasad dengki pun akan hilang. Sebab mangsa-mangsa buli ni akan rasa dendam dan benci kat 'pendekar-pendekar' bila mereka diperlakukan sebegitu rupa.
Ingatlah, dunia ini ibarat roda. Kejap kat atas, kejap kat bawah. Hari ini kamu pukul anak orang, kamu hentam belasah dia separuh mati. Tapi kamu yakin ke diri kamu akan selamat? Apa yang kita beri kita akan dapat semula. Mungkin Allah tak balas dalam masa yang terdekat tapi siapa tahu, bila dah kahwin, ada anak, anak kita pulak yang kena tanggung segala perbuatan yang kita lakukan waktu muda-muda dulu. Fikirkanlah, renungkanlah.
Moga bermanfaat.

![]() |
| kes buli yang berlaku di asrama anak yatim yang juga menjadi viral |

.jpg)
Comments