Posts

Showing posts from 2014

Retreat PERMANIS

Image
Retreat Kepimpinan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS) 27 - 30 November 2014 Kem Bina Negara, Kaki Bukit Perlis Assalamualaikum semua.. Apa habaq??  Alhamdulillah diri ini telah diberi kesempatan dan peluang untuk bersama-sama mengikuti program RETREAT PERMANIS!! (Tiba-tiba teringat Penghulu jerit Program, semua sahut ramai-ramai Retreat Permanis!) Banyak perkara yang dapat dipelajari disamping berjumpa dengan kenalan-kenalan baru yang kebanyakannya tak pernah pun jumpa sebelum ni. Hampir 11 universiti yang mengikuti program ni termasuklah kami daripada UIA ni. Sepatutnya setiap U kena hantar wakil 5 seramai 5 orang atau lebih, tapi kami bertiga saja yang dapat hadir. (ZulSyafiq, Nasiruddin, Hazwan) Tiga-tiga kumbang. Nasib baik U lain hantar banyak bunga.. berkuntum-kuntum.. Bas bertolak dari Yayasan N9 pada jam 10.30. Kami yang dr UIA ni tunggu kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Sampai TBS dalam pkol 10.30. So dekat sejam lebih la menunggu bas. Siap dapa...

Aku Yang Berdosa

Ya Allah, Apa yang bisa, Ku tebus kepadaMu, Atas dosaku Ya Allah, Hina terasa, Biarku bersujud, Untuk ke syurgaMu. Cuba sama-sama kita hayati bait-bait lirik lagu ini, semua orang mesti tahu lagu ni. Dinyanyikan oleh seorang penyanyi yang berbakat besar. Juara sebuah pertandingan realiti yang hampir telah pun memasuki musim yang ke-12. Siapa lagi kalau bukan Shahir - Juara Akademi Fantasia musim ke-8. Manusia dan dosa tidak dapat dipisahkan. Ibarat aur dengan tebing, irama dan lagu. semua benda yang kita buat atas duni ni mesti terselit dosa-dosa yang kecil mahupun besar. Setiap tutur kata kita, perbuatan kita, mahupun sifat dan perangai kita yang membuatkan dosa itu sentiasa membayangi diri kita. Sejak kecil lagi, mak ayah kita dah ajar "adik, jangan cakap bodoh.. dosa" "adik, jangan lawan cakap mak ayah, dosa hukumnya" "adik, jangan mencuri, dosa masuk neraka" "adik, jangan tinggal solat, dosa nak" Itulah nasihat...

BULI - Dimana letaknya kewarasan diri

Image
Budak-budak bermain guli, Sekarang viral pasal buli. Hang Tuah pendekar berani, Apa kejadahnya semua ini. Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Lama bsungguh tak update blog ni. Rasa macam dah tak ingat nak taip apa panjang-panjang. Tiba-tiba semalam terdetik di hati ni nak kemaskini blog ni. Teringat la satu isu yang hot baru-baru ini. Belakangan ini kita semua digemparkan dengan video buli yang telah tersebar di laman sosial secara meluas. Apa yang ingin saya katakan di sini adalah di mana letaknya kewarasan minda. Pukul, belasah dapat selesaikan masalah ke? Besar sangat ke kesalahan yang mangsa lakukan hingga dia di hentam bagai separuh mati? Geng singlet hitam yang menjadi tumpuan baru-baru ini kes buli yang berlaku di asrama anak yatim yang juga menjadi viral Saya pernah tinggal di asrama selama 6 tahun. Saya juga pernah menyaksikan 'pesta' ini berlaku di depan mata sendiri. Alhamdulillah, saya tidak pernah menjadi ma...

Program Kembara Ilmu Maahad 2014

Image
Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga dan para sahabat baginda. Pada 14 - 16 November 2014 yang lalu, telah berlangsung sebuah program yang diberi nama Program Kembara Ilmu 2014 anjuran Sekretariat Mahasiswa Negeri Sembilan (SEMANIS) dengan kerjasama alumni Maahad Ahmadi 2010. Program ini disertai oleh barisan badan perwakilan pelajar Maahad Ahmadi sesi 2015 seramai 39 orang. Alhamdulillah, walaupun diuji dengan pelbagai halangan dan rintangan tetapi akhirnya program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Seterusnya, sukalah untuk saya berkongsi sedikit berkenaan perjalanan program ini. Pada asalnya. idea untuk menjalankan program ini telah tercetus pada awal tahun lagi. seorang sahabat telah menyuarakan idea ini atas niat untuk membantu dan membalas jasa kepada sekolah kerana telah menjadikan kami insan seperti hari ini. Maka perancangan demi peranca...

Bagan Lalang bersama Caring

Image
Bismillah.. dengan nama allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.. Bagan Lalang.. Trip ke bagan lalang kalo dr KL ambil masa 2 jam kalo x jam. KL terkenal dgn jam,, so korg kena la bertolak awal ye.. Lebih kurang 110 KM je.. Dari Bahau dalam 2 jam jugak la.. Introduction: Actually plan bagan lalang ni tercetus bila retreat x jadi dekat Pantai Morib. Atas keinginan yg amat sgt nak pegi pantai so zul pun plan la trip pi sana. Mula2 pergi cari Chalet Desa Bagan. Zul nie mmg jenis kalo plan nak kne site visit, kalo tempat tu jaoh mmg x la kan.. kalo dekat tu boleh la,, Lagi 1 zul ni pulak mmg jenis kalo plan something, akan jadi excited gilerr.. n kalo boleh nak plan tu jadi betul2 mcm dalam mimpi nie haaa.. Ari sabtu lpas smpai umah teru google chalet n jumpa macam2. Last jumpa Chalet Desa Bagan. Terus call n book.. Tapi rasa x sedap hati so ari ahad tu mmg plan nak pergi bagan nak tgok dgn bijik mata sendiri.. Nasib baik pak tih n mak tih baik hati sanggup bawak smpai...