Retreat PERMANIS
![]() |
| Retreat Kepimpinan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS) 27 - 30 November 2014 Kem Bina Negara, Kaki Bukit Perlis |
Assalamualaikum semua.. Apa habaq?? Alhamdulillah diri ini telah diberi kesempatan dan peluang untuk bersama-sama mengikuti program RETREAT PERMANIS!! (Tiba-tiba teringat Penghulu jerit Program, semua sahut ramai-ramai Retreat Permanis!) Banyak perkara yang dapat dipelajari disamping berjumpa dengan kenalan-kenalan baru yang kebanyakannya tak pernah pun jumpa sebelum ni. Hampir 11 universiti yang mengikuti program ni termasuklah kami daripada UIA ni. Sepatutnya setiap U kena hantar wakil 5 seramai 5 orang atau lebih, tapi kami bertiga saja yang dapat hadir. (ZulSyafiq, Nasiruddin, Hazwan)
Tiga-tiga kumbang. Nasib baik U lain hantar banyak bunga.. berkuntum-kuntum..
Bas bertolak dari Yayasan N9 pada jam 10.30. Kami yang dr UIA ni tunggu kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Sampai TBS dalam pkol 10.30. So dekat sejam lebih la menunggu bas. Siap dapat pre-reg lagi kat TBS. (Pre-reg tu pre registration untuk subjek2 yang nak amek next sem). Kebiasaannya peperangan nak pre-reg ni cukup memakan masa yang lama. Kadang2 pkol 3-4 pagi baru dapat masuk medan pereang. Tapi keajaiban berlaku bila tepat pkol 12.05 tgh malam, semua subjek zul dapat register. tanpa halangan. laju betul.. Sebnarnya mmg risau sbb takut tak sempat nak pre-reg, tp Allah mudahkan segala urusan. So next sem tak payahla nak beratur panjang add subjek manual. Yeahhhaaa!!
Ok back to the story. Bas pun sampai pkol 1.00 pagi. Naik2 bas, tgok sume sit dah penuh. Last row je yg kosong. nak tak nak, duduk je la. asalkan tak berdiri. Yg sakit ati bila sit tak dapat turun abes. Fuhh, mmg sakit belakang la jawabnya. Dengan pemanduan uncle tu yg agak merisaukan. Lepas tu amek pelajar2 kt UPSI. Pkol 11 pagi keesokannya baru sampai kt Kaki Bukit, Perlis. Lama tak lama la, mcm naik keretapi dari KL Sentral.. Sampai2 je, kitorang kena masuk Gua Kelam untuk sampai ke Kem.. 1st time masuk Gua Kelam. Sebelum ni tak pernah sampai pun. X jauh, 375 meter je..
![]() |
| Actually gamba ni amek time nak balik. Sbb mula2 dtg x sempat nak selfie. |
Suasana kt Kem sangat2 best! Tenang. Pemandangan pun cantik. dikelilingi bukit-bukit yang menandakan sempadan antara Perlis dan Thailand. Jurulatih cakap asalnya tapak kem tu tempat komunis berperang, tapi dengan semangat perjuangan askar2 kita, mereka berjaya menjadikan tempat ini seperti hari ini. Jurulatih (Pak Nizar) antara salah seorang pejuang askar melayu yang turut berjuang ketika zaman komunis dulu. best dengar kisah beliau pasal peperangan denagan komunis.
![]() |
| Tenang kan. Relax kan. Indah kan. Rindu tempat ni.. |
Sepanjang program ni, zul dapat satu group yang sgt2 owsem, best, sporting, cool n macam2 lagi. S.H.I.E.L.D - Born To Lead. (Sedih sebab tak sempat nak tangkap gamba logo bendera kumpulan, cantik tau. Tgok lah sapa yang lukis) Hari pertama dan kedua dipenuhi dengan aktiviti LDK yang mana fasi kumpulan kami mmg thorrbaekk. Tuan Affendi (Lupa nak tgkap gambo dia). Beliau seorang yang berpengetahuan tinggi. Banyak ilmu yang dapat kitorang timba daripada beliau. Semua fakta-fakta yang beliau keluarkan memang tidak dapat disangkal. Diskusi ilmiah dalam kumpulan juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami semua.
![]() |
| Dari kiri (Qayyum-UPM), (Mal-UNIMAP), (Nana-UPSI), (Fisah-UKM), (Kak Mira-UNiSZA), (Effa-UiTM), (Mirza-UNiSZA) |
| Asal sempat nak tangkap gamba sama2. Curi masa.. |
Malam terakhir, setiap wakil universiti diminta untuk membentangkan almanac atau plan program2 yang ingin dilaksanakan pada tahun hadapan. Sebelum mula, Encik Zairil (Pegawai yayasan) memberikan sedikit penerangan tentang program2 yang hendak dirancang. Rasa kagum bila melihat universiti lain punya planning. Masing2 gempak n bajet pun perhh.. Kami dari UIA ni plan biasa2 je. Maklumlah, budak baru belajar. Antara plan kitorang ialah nak buat program bonding dengan pelajar2 Negeri 9 kat UIA ni. Cadangannya nak buat camping n hiking. Lpas tu nak buat pogram dengan anak2 flat ala-ala smart solat. N lagi 1 nak buat follow up pogram dgn maahad. N retreat gabungan insyaAllah dgn UPM, UKM n USIM.. Lpas selesai pembentangan maka berakhirlah program retreat selama 3 hari.. Mudah-mudahan segala perancangan kita dapat dilaksanakan.
Hari ahad pagi, pkol 9 semua dah berkumpul n bersiap-siap nak balik. Rasa sayu pulak nak tinggalkan perlis n berpisah dgn kawan. InsyaAllah ada masa kita jumpa kt program lain.. Balik kitorang singgah sekejap kt padang pesar. Rambang mata bila tgok macam2 barang.Nasib baik bawak duit sikit je.. Cukuplah sepasang baju sebagai tanda kenangan dari Negeri Perlis. Ada masa sampailah kita ke sana dengan izinNya. Pkol 1 kami bertolak dari Padang Besar dan tiba di UIA tepat jam 12.30 malam. Penatnya.. fuuhh.. tapi penat2 pun, berbaloi sebab dapat mcm2 info n berkenalan dengan kawan-kawan baru.. ^___^
![]() |
| bersama kawan2 sepermanis.. u all are very owsemm :) |
![]() |
| Panas, silauan cahaya mentari.. masuk gua kelam semula |
![]() |
| kawasan rekreasi gua kelam. Kalo pi perlis, wajib singgah sini yee |
Sekian sahaja cerita daripada saya,
Terima kasih sebab sudi membaca,
:)







Comments