Posts

Showing posts from November, 2014

Aku Yang Berdosa

Ya Allah, Apa yang bisa, Ku tebus kepadaMu, Atas dosaku Ya Allah, Hina terasa, Biarku bersujud, Untuk ke syurgaMu. Cuba sama-sama kita hayati bait-bait lirik lagu ini, semua orang mesti tahu lagu ni. Dinyanyikan oleh seorang penyanyi yang berbakat besar. Juara sebuah pertandingan realiti yang hampir telah pun memasuki musim yang ke-12. Siapa lagi kalau bukan Shahir - Juara Akademi Fantasia musim ke-8. Manusia dan dosa tidak dapat dipisahkan. Ibarat aur dengan tebing, irama dan lagu. semua benda yang kita buat atas duni ni mesti terselit dosa-dosa yang kecil mahupun besar. Setiap tutur kata kita, perbuatan kita, mahupun sifat dan perangai kita yang membuatkan dosa itu sentiasa membayangi diri kita. Sejak kecil lagi, mak ayah kita dah ajar "adik, jangan cakap bodoh.. dosa" "adik, jangan lawan cakap mak ayah, dosa hukumnya" "adik, jangan mencuri, dosa masuk neraka" "adik, jangan tinggal solat, dosa nak" Itulah nasihat...

BULI - Dimana letaknya kewarasan diri

Image
Budak-budak bermain guli, Sekarang viral pasal buli. Hang Tuah pendekar berani, Apa kejadahnya semua ini. Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Lama bsungguh tak update blog ni. Rasa macam dah tak ingat nak taip apa panjang-panjang. Tiba-tiba semalam terdetik di hati ni nak kemaskini blog ni. Teringat la satu isu yang hot baru-baru ini. Belakangan ini kita semua digemparkan dengan video buli yang telah tersebar di laman sosial secara meluas. Apa yang ingin saya katakan di sini adalah di mana letaknya kewarasan minda. Pukul, belasah dapat selesaikan masalah ke? Besar sangat ke kesalahan yang mangsa lakukan hingga dia di hentam bagai separuh mati? Geng singlet hitam yang menjadi tumpuan baru-baru ini kes buli yang berlaku di asrama anak yatim yang juga menjadi viral Saya pernah tinggal di asrama selama 6 tahun. Saya juga pernah menyaksikan 'pesta' ini berlaku di depan mata sendiri. Alhamdulillah, saya tidak pernah menjadi ma...

Program Kembara Ilmu Maahad 2014

Image
Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga dan para sahabat baginda. Pada 14 - 16 November 2014 yang lalu, telah berlangsung sebuah program yang diberi nama Program Kembara Ilmu 2014 anjuran Sekretariat Mahasiswa Negeri Sembilan (SEMANIS) dengan kerjasama alumni Maahad Ahmadi 2010. Program ini disertai oleh barisan badan perwakilan pelajar Maahad Ahmadi sesi 2015 seramai 39 orang. Alhamdulillah, walaupun diuji dengan pelbagai halangan dan rintangan tetapi akhirnya program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Seterusnya, sukalah untuk saya berkongsi sedikit berkenaan perjalanan program ini. Pada asalnya. idea untuk menjalankan program ini telah tercetus pada awal tahun lagi. seorang sahabat telah menyuarakan idea ini atas niat untuk membantu dan membalas jasa kepada sekolah kerana telah menjadikan kami insan seperti hari ini. Maka perancangan demi peranca...