MY TRAVELOGUE
Assalamualaikum, hai readers.. Lama sih nggak ketemu.. Rindu bha sama kamoo.. Bhahahaha.. Bercampur2 gaya bahasa zul. Ok lah, malam nie baru berkesempatan nak update blog ni.. Tajuk entry kali ni pon sah2 menggambarkan sesuatu yang best! Hahaha.. Actually, baru balik dari jalan2. Faham2 je la, zul ni kan kaki jalan.. Ade mase free, on je. Hihiihi.. Alhamdulillah, segala plan yg tlah dirancang telah berjalan dan terlaksana dengan sempurna. Cuma Aidil dan Adib tak dapat nak join. Kalo mereka ade, mesty lengkap dan best trip ni. Tapi nak wat guane kan, masing2 ade komitmen yg tersendiri. Redha je lah. Ok2, let bygone be bygone. Nak jalan2, tak mau la sedih2 kan. Hehehe. Post kali ni, zul nak share la citer pasal trip tempoh hari. Walaupon hanya sekitar KL je, but I happy n enjoyed it :)
Bila bab2 jalan nie kan, transport adalah sangat penting. Puas contact mamat2 sewa kereta. Shuk siap koyakkan iklanat dari lauhah stesen bas. Puas nak deal dgn ramai org. Ade yg x balas, ade yang suruh amik sendiri. Susah la bila berurusan mcm org cenggini, x berjiwa pelanggan. Finally, dgn bantuan daripada warga IIUM Online, berjaya jugak jumpe SDCR (Sarip Dol Car Rental). Harga yg berpatutan dan sesuai buat para pelajar. Lokasi area Bangi, simpang lepas Stesen KTM UKM. Sape2 yg nak pakai keta sewa, leh la contact SDCR ye. (Promote nieh). Hehehe.. Alkisahhh.. Maka bermulalah cerita...
25-6-2013 (Selasa)
"Erm, nak naik bas pkol berape ye?". Dan keputusannya, zul naik bas SKB dari Bahau tepat jam 4 petang. Mula2 nak pergi awal, tp shuk abes exam pkol 10 a.m, tu yang naik bas lmbt ckit. Pkol 5.30 smpai kat Stesen KTM Seremban. Siap2 solat asar, trus naik Komuter n stop kat Stesen UKM. Tiket RM4.20 (sehala). Smpai UKM, hari dah senja dan nak dekat maghrib. Shuk jemput naik skooter. Cool n pinky (skuter rumet dye punye gf). Malamnye pergi makan malam dekat FEP bersama acOng, jpah n ade lg sorg kawan dye yg aq x mengenali pun namanya. Dengar kawan dye citer yg notebook kena curi kat masjid. Kesian pulak. Nak buat macam mane kan, dah nasib. menu malam nie is nasi Kukus, nyum3.. Mengidam seyh.. Tp tolak belacan awal2.. berborak sampai pkOl 12, majlis pun bersurai. Malam tu mmg susah nak tidur kot, (xcited nak bejalan agaknye). Shuk siapkan kerja koko dye. Diri ini terlantar di atas katil tp x mau lelap. Natijahnye, tidur 2,3 jam dan alhamdulillah subuh di musolla. Pkol 6.30 contact la SDCR tu, dan2 dye nak datang kol 6.45.. Dah la x siap lagi. Huru hara gi mandi, gosok baju lekas. Nasib baik la x da barang yg tertinggal. Jalan pagi tu pulak jam, org sume nak pergi keje. Huhuhu..
Sampai kat opis SDCR, isik borang bla3.. Dan terus masuk keta. Kelisa. (nak yg murah punya pasal). Masuk je, sejukk.. dgn aircOnd yg sejuk.. Dalam ati "bestlah keta nie" :p tapi... hehe.. truskan membace ye.
Gerak je dr UKM, singgah jap kat Petronas. Isik minyak. Dah la tank kosong, huhuuhu.. Bersarapan di Subway (tapau je). Tepat pkol 8.30 sampai kat stesen LRT Putra Gombak. Trus beli tiket GoGenting Express. Nasib baik ade kosong utk bas pkol 9. Then terus cari parking kat kawasan parkir bertingkat berhadapan dgn LRT Station. Murah gak la, RM4 sekali masuk. Simpan beg2 kat bonet, huru hara carik bas. Dengan coffee yg tumpah kt dashboard. Dgn bonet yg poblem. Haha.. Nasib baik sempat naik bas. Tapi kami x dapat dok sebelah2. Dah full. So, Shuk dok depan dengan foreigner :) Dan aku pulak tercampak kat belakang bersama kumpulan Indonesia. Dengan budak kecik yg menangis. Aduhh.. Stress.. Nak jimat bateri fon pnye pasal, x sentuh pun fb. Sandwich ade je kat tangan mase tu. Terliur pulak. Duduk kaku je la setengah jam dalam bas tu. Tak taw lak ape perasaan Shuk dpt dok sebelah foreigner. :)
Promote sikit. Sape2 yg rase nak pakej yg murah utk ke Genting Highlands, saya sarankan anda amek Golden Pakej GoGenting. Hanya RM60 sahaja seorang. Siap dengan tiket bas pergi-balik, cable car pergi-balik dan tiket outdoor themepark. (boleh tukar dgn set makanan kalo x nak main themepark). Ok lah, daripada bawak keta naik smpai atas, nak redah tol n minyak lagi. Lain la kalo korg kaya raya. nak naik smpai puncak pun x pe. Sila layari http://www.gogenting.com.my/ utk maklumat lanjut.
Ok. Setengah jam lepas tu, sampai kat Lower Station Genting Skyway. Kabus punyelah tebal, ku sangkakan jerebu. (Oh jerebu uuuu.. ayam di kampuang kuat berkokok, aku disini terbatuk2, ni semua salah kau lah! Oh jerebuu) -Mazzfactors. Hit tau lagu nie.. Recommended by Al-Amin Maarif.. Hihihi. Sampai je kt Lower Station makan la sandwich yg dah sejuk tu. Lepas tu terus naik ke balai perlepasan Cable car. Singgah jap kat kedai 77. Beli air kotak lemon tea RM2.50. Puihh, mahal. Bila naik je kat genting ni, segala barang akan naik harga 2X ganda. Tak buleh nak salahkan sape2 sebab logik lah. Kos nak hantar barang2 dari bawah naik ke atas tu menelan belanje yg agak tinggi. Petrol kan mahal. Faham2 je le. So, sape2 yg nak pegi genting nie better bawak makanan dari rumah. Kalo x, anda akan rasakan betapa berharganya Maggi Cup kat atas sana. Hahaha.
Nasib baik x ramai orang, so dapat naik cable car nan shuk. Best kan naik cable car, tp lame sikit la.. Hehe. Kat atas tu dapat lihat alam terbentang luas. Betapa hebat dan agungnya ciptaanNya. Subhanallah. Udara yg nyaman. Warna hijau pokok yang berlainan. Sejuk mata memandang. Sampai kt atas, terus masuk outdoor themepark. Pagi2 org x ramai, so boleh la merase sume game kat atas tu. Sekali pun kire ok pe. Yg penting dapat naik sume yg thrill. Naik flyingcoaster, gokart, corkscrew, spaceshot, pirate ship, dll. Nak beratur punyelah lama, main x smpai brape minit. Ramai betol warga2 asing. Rasa macam diri ni pulak yg datang melancong kat tempat org. Spaceshot sgt2 thrill, walopon dah naik dulu, tp nervous kali ni lain mcm. Dah la mula2 nak naik berebut dgn minah arab nie. "She is my sister". Shuk pun mengalah. Cayalah Shuk. Mother father Gentleman.. bila bende tu dah gerak naik je, mmg x fikir ape dah.Tunggu mase nak jatuh je. Minah2 arab tadi menjerit.. Bingitt telinga nie dibuatnye. Bila jatuh kali pertama, mmg x bersuare. Hihihi, org yg naik taw camner rasenye. Kali kedua dan ketiga tu baru ok dapat la mnjerit sekuat hati. Naik corkscrew dapat dok depan. Hehe :). Naik pirate Ship, tgok nenek india tu boleh tido lagi. Memang menghayati giler lah keasyikan ayunan kapal tu. Taw2 dah berhenti dgn muka yg xcited. Tapi pkol 1.30 p.m, kabus tebal sangat. Sebelum nie datang, matahari memang terpacak atas kepala. Dan ari pun ujan. Terbatal lah hajat nak kayuh boat. Huhuhu, so solat2 dan terus masuk plaza. Kelaparan nak carik makanan. Hehehe. Tapi masuk SnowWorld dulu. Actually memang tak pernah pun dan teringin sangat nak rasa salji even bukan yg real punya.
SnowWorld Genting mmg best. Only Rm30. Suhu -6 darjah celcius. Beratur beli tiket dan pilih jaket, but n glove. "Fon n camera is not allowed" kata staf2 beserta sepanduk :'( Sedih lak, tak dapat tangkap gambar dalam tu. Masuk je, mulut dah berasap2. Hihihi.. walopon salji tiruan, tapi bes tau. Feel mcm kat korea dah time tu. Berkali2 masuk warmhouse. Main gelongsor, bro tu tolak laju2. Mmg naik sekali je la. Lpas tu boleh main baling2 salji dgn anak cina yg asal-usulnya tidak dikenali. But having fun. Tanggal glove, memang kebas la jari2 ni. 2.30 - 3.10 rase sgt2 lama. Berbaloi sgt dgn harga tiket tu. Alhamdulillah, ade hikmahnya kat Malaysia tak turun salji. X tahan kot sejuknya. Ingat nak beli gambar yg org tu tangkap tapi RM50.. Umangaii, mahal gilaqq..
Keluar je dari SnowWorld, terus pergi makan. Hanya Maggi yg mampu dibeli buat masa tu. Tak dapat de nak beli fastfood. Berdabel-dabel harganya. Keluar je, hujan pun reda. Dapatlah kayuh boat. Tapi tak lame epas tu, ujan pun turun semula. Cakap kat shuk, jom naik boat dinosaurland plak. Beratur dekat sejam. Naik tak sampai 5 minit. Tengah2 beratur tu ade plak kapel foreigner nie berpeluk2 sakan, dah la awek dye macam Nicki Minaj. Black version. Geli aii tengok. Uwekzz.. this is Malaysia ok.. Not ur country. Huh!Dapat jugak naik boat dinosaur tu. Satu gang dengan indonesian. "Chak, lihat dong kameranya". "Kesian chak nngak dapat naik spiderman". Hahaha.. Kelaka3. Pas solat asar, jalan2 kejap dan pkol 7, kami pun trus naik Cable Car dan turun ke Lower Station Genting Skyway. Solat2 n rehat jap, naik bas pkol 8.45. Perjalanan pulang lebih tenang, anak2 kumpulan indonesia tu tdoq,. (nie kumpulan yg naik same pagi tadi) Baguss. At least kami pn dapat tidur sekejap.
Sampai kat LRT Station, terus ke UIA utk makan. Lapaq gilaq. Cafe Mahalah ALi la. Lpas makan, pegi masjid. Take a bath. Solat2 sume. Dan trus ke uptown Danau Kota. Punyelah susah nak carik parking baq hang. Pusing2 dibuatnye. Tp dapat jugak akhirnya. Dekat sejam lebih la merayau kt sini. Pergi kedai topi, baju, jam dan mcm2 lagi,. Shuk beli jam, aq beli baju. Jimat2 ckit sebab esok nak shopping lagi. Balik tu beli steamboat, Isik perut kejap. Kemudian cadangnye nak ke Masjid Wilayah, tapi sampai2 je gate tutup. X perasan pulak yg tu gate belakang. Memang tutup time malam. Tak penah pegi, so tak taw kat mane gate utama. Last2 pergi la bermalam kat Masjid As-Syakirin KLCC. Pkol 2 pagi berjalan depan KLCC. Dah macam running man pulak rasenye. Huhuhu. Dapat la jugak rehat kejap walaupun tak selesa. Dahla battery nset masing2 low, nak cas tapi plag x berfungsi. Aduss.. Na wat cm mne kan. Tidur je la. Pak gad ni asik berjalan je. Shuk pun risau. Tapi ade je org tido kat sini. Tibe2 tgah tido ade bunyi bising. Ujian2. Tak ape, pakse gak tido.
27-6-2013 (Rabu)
Pkol 5 trus kejut Shuk dan pergi solat subuh kat Masjid Wilayah. Alhamdullilah jumpa gate utama. Tido jap dalam keta, bangun2 dah jemaah dah abis solat. Terus pergi mandi dan siap2 solat. Ape lagi, cari plag la nak cas nset. Cabut je plag kipas tu. Pas solat, zul tertido jap. Tapi pak gad tu kejut. Potong stim btol la. Ayoyoyo. Apa mau buat.
Then terus pergi breakfast kt Mc'd. Perut berkeroncong lagu Oh Jerebuu uuuu. hehehe. Location kat area uptown 5. Uptown 5?? Mane pulak ni. Dah la tak penah sampai area Damansara nie. Drive aje la mengikut arah En.GPS yg kadang bawak kita ke arah yang lain. Huhuhu. Last2 parking kat Uptown 2. Macam2. Mula2 nak pergi basement, kat palang tu tak da button tiket pulak. Dengar suara ja. Last2 pak gad yg keje tu suruh park kat atas. Segan wooo. And tak perasan pulak park kat tempat yang ade no plat. Redah aje. Seb bek tak kena clamp. Kalo tak satu hal lagi nak baya saman kan. Hehe. Makan punye makan sambil mengecas nset yang tak penuh lagi ni. Perut memulas2 pulak tu.. Aduhh..
Lepak la sampai pkol 10 lebih. Kemudian terus bergerak ke 1 Utama. Jalan2 Mall tu dah kira macam habit yg tak dapat dielakkan. Stiap org ade habit masing2 kan. Dan kami punya habit yg sama. Nak ikotkan aty, 10 jam pun tak cukup. Hehehe. Festaim pergi 1 Utama, bapaklah gedang Mall ni. Sampai petang lah berjalan dalamnye. Nak tgok Monster Univesity 3D, agak mahal. Carik karok tak jumpe2. Pergi Topman, Uniqlo, Brands Outlet. Hehehe, lepas ni dah taw dah kat mane nak beli baju raye smart2. Nak raye nanti kita pergi lagi ea shuk. Dapat gaji nanti memang gasak la kan. Hihihiii.
Pkol 3, kami beredar. Mau pulang yuk. Lama uda berjalan. Ongkosnya makin lama makin keluar ya. Hihihi. Shuk pesan stop kt petrol station. Nak solat. Terlepas highway dan terikut jalan cheras-kajang. Nampak Esso lantas kami berhenti di situ. Sampai park keta. Tak lama selepas tu, tanpa disangka2, kami diuji dengan ujian yg agak berat. Kereta tak boleh start. Puas kami cek ape puncanya. Rupanya bateri dah kOng. Kong king kong. laju2 call bro SDCR tanye macam mane. Ape nak buat. Maklumlah, tak pernah berada dalam situasi macam nie. Panik dan serabut pale otak nie. Bro tu suruh tanya siapa2 yg ade wayar apekebende tah namenye. Yang transfer kuasa bateri dari keta lain. Dah lupa dah name bende tu. Nasib baik pekerja bangla kat Esso nie ade bende alah tu. Dia kate kena belanje. What?? Belanje? Ikot ati nak belanja air mineral je. Tapi dye kate org ramai selalu bayar RM10. "Oooo, RM10" Cakap la awal2. Ok, pas tu nasib baik ade pak cik drebar teksi nie stop tepi keta. Dye pun kasi gune bateri keta dye. Alhamdulillah, boleh start. baik btol hati pekerja bangla tu. Menyesal n rasa berdosa pulak bila sebelum ni asik kutuk2 bangsa dye. Ampuni dosa kami Ya Allah. Keta pun boleh start, dan kami pun terus balik ke UKM dan sepanjang drive nak balik tu, dalam pale otak nie risau kalo2 keta mati. Aduhh.. mmg x selesa. Dengan aircond yang kejap panas kejap sejuk. Huhuhu. X pe, Allah uji tanda Dia sayang kat kita kan :)
Pkol 5.30 p.m sampai kat opis SDCR. Bro tu mintak maaf sangat2 atas masalah yang berlaku tadi. Dye cakap masalah macam nie memang tak dapat nak dijangka. So, kami pun maafkan segala perkara yang berlaku. Dan bro tu bagi discOunt, Yeppi. Jimat ringgit kami. Tapi bukan bermakna servis SDCR ni tak ok tau.. Servis SDCR sgt2 ok. Layanan bro tu pun sangat2 ramah tamah dan mesra. Cuma masalah tadi datang tiba2. Tapi tak pe, asalkan dapat pulang dengan selamat. Itu yg paling penting kann. Alang2 bro tu nak amek customer, dye hantarkan kami pulang ke kolej. Best plak Alza dye kan. :)
Sampai kolej, mandi2 siap2, makan kejap dan terus rehat. Wah, lega dan beruntung dapat tidur atas tilam yg empuk. Perjalanan sehari setengah nie mengajar banyak benda kat diri nie. Macam mane la agaknye kehidupan mereka yg susah dan tiada tempat berteduh. kami yg sehari lepak kat masjid ni pun dah rase perit getir. By the way, kami dah rasa pengalaman itu dan kami bersyukur dgt sebab Allah masih lindungi kami dengan tempat teduh yg sgt2 selesa.
28-6-2013 (Khamis)
Usai solat jumaat di Masjid Universiti, kami pun bergerak pulang ke rumah. Tetapi, bas perantara ke Stesen KTM itu rosak di tengah jalan. Ujian lagi. Hehehe. Tunggu lah pulak bas lagi satu. Target sampai Seremban pkol 4, tapi sampai pkol 5.30. Kita merancang, Allah yg tentukan samada cepat atupun lambat.
Sampai Term, Shuk pergi tukar kasut. Cantik, turqoise tu.. Masuk dengan kaler seluar. Zul nak amek yg putih tapi tak muat.. Kaki gajah ke? Huhuhu.. Lepas tu beli handbag untuk ummi. Besday aritu belanja KFC je, tak belikan hadiah.
Bas SKB pkol 7.30 dan kakak tu cakap datang pkol 7.15. Kami pun bergegas ke kaunter and kakak tu suruh solat dulu. Selesai solat, baru beli tiket. Malangnya, bas 7.30 sampai pkol 9.00. Tunggu pkol 9.00, bas pun sampai, dengan harapan dapat naik la kan. Dan2 penuh pulak. mmg stress la. Shuk plak ngah pening time tu. Makanan pun dah sejuk. Huhuhu. Lastly, akak tu cakap kena tunggu bas pkol 10. Erm, redha je lah kan. Na wat mcm mne. Kalo marah2 pon bukannye dapat selesaikan masalah bahkan boleh serabutkan lagi keadaan. bas pun tiba pada jangka masa yg ditetapkan, Alhamdulillah sampai rumah jam 11. SSID terlepas, tgok kt internet :)
Penutup.
Banyak ibrah yg zul perolehi dan mcm2 bende yg Allah dah tunjuk kat kami. At least kami tak jalan2 macam tu je kan. Betapa pentingnya Sabar itu dalam diri manusia. Ujian dan musibah dari Allah memang kita tak boleh nak mintak dan tak boleh nak tolak. Bila datang ujian itu, kita tempuhi dengan sabar dan kuat. Allah takkan uji melainkan apa yang mampu buat hambaNya kan. Bila kita susah, berdoalah kepadaNya dan bila kita senang, jangan sekali-kali kita lupa dan ucapkanlah Alhamdulillah atas nikmat yg telah kita kecapi. Ape yg penting, zul dapat luangkan masa bersama buddy a.k.a bff a.ka sahabat till jannah. Itu yg dapat membahagiakan diri ini. Harap lain kali kita boleh lepaking dan jalan2 lagi ye.
-----> Langkawi soon yeaa :)
LAMPIRAN:
| Muslimah gokart |
| This is us |
| Sape yg bawak tu? |
| London Bus |
![]() |
| kabus |
![]() |
| harga |
![]() |
| Budak2 comel.. Pika pika |
![]() |
| Masjid Wilayah Kl |
![]() |
| Hasil tangkapan |
.jpg)
.jpg)





Comments